Zii Jia buru tiket awal ke Olimpik Paris 2024

Lee Zii Jia. Foto Bernama
Lee Zii Jia. Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia mula fokus misi layak lebih awal ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Menurut, Zii Jia, sekiranya dia berjaya mengesahkan slot ke Olimpik dengan lebih awal, ia akan memberi kelebihan buat dirinya untuk melakukan persiapan terbaik, kira-kira enam bulan menjelang temasya sukan terbesar dunia itu.

Atlet berusia 25 tahun itu yang kini berada di kedudukan ke-11 ranking Race to Paris juga berkata, tiket awal memberi kelebihan buat dirinya untuk mengurangkan jumlah kejohanan disertainya tahun ini.

Zii Jia dan seorang lagi pemain negara, Ng Tze Yong yang menduduki tempat ke-13 dalam kelayakan ke Paris, mempunyai peluang cerah untuk layak kerana setiap negara mempunyai kuota dua wakil dalam acara perseorangan jika kedua-duanya berada di tempat ke-16 dan ke atas pada tempoh berakhir kelayakan 28 April depan.

“Bertanding dalam banyak kejohanan pun, kalau keputusan tak baik juga, tak ada kesan. Ranking ke Paris pun ambil 10 kejohanan terbaik sahaja, kalau bertanding 30 kejohanan pun, semua setakat pusingan pertama tidak guna juga.

“Saya akan sertai kejohanan Super 300 dan Super 500, peringkat Asia, kecuali Thailand, dan kemudian di Eropah. Kita tengok macam mana, bergantung juga kepada prestasi saya.

"Kalau layak awal, saya akan kurangkan kejohanan disertai," kata pemain dari Alor Setar, Kedah itu ketika ditemui pemberita di Stadium Axiata Arena menjelang saingan badminton Terbuka Malaysia pada Selasa.

Bekas juara Seluruh England itu yang ditunjukkan jalan keluar pada pusingan pertama tahun lalu, akan menentang pemain China, Lu Guang Zu pada pusingan pertama.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Zii Jia yang bermula sebagai pilihan, mengalahkan pemain nombor 19 dunia itu kali dalam lima pertemuan terdahulu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!