Zii Jia pulang awal di Terbuka China

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

HASRAT pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia untuk memulakan langkah kanan dalam badminton Terbuka China tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain Jepun, Kodai Naraoka di pusingan pertama pada Khamis.

Bagaimanapun Gimnasium Xincheng, Changzou yang menjadi saksi anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah itu berjaya menampilkan permainan mantap apabila mengasak naib juara Kejuaraan Dunia itu sebelum tewas, 24-26.

Set kedua, Zii Jia yang ditunjukkan jalan keluar pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia oleh bintang Denmark, Anders Antonsen, kembali menampilkan corak permainan lebih matang.

Hasilnya, Zii Jia bangkit memperkemaskan aksinya menyaksikan lawannya anak muda kelahiran bumi Aomori tersebut dipaksa mengikut rentak pemain nombor satu negara itu sebelum dijinakkan 21-12.

Namun Naraoka, 22, yang berstatus nombor tiga dunia tampil kembali lebih tenang untuk mengalahkan pemain nombor 14 dunia tersebut 21-11 dalam masa 75 minit di pentas kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.

Pencapaian diraih di bumi China itu menyaksikan Naraoka meraih kemenangan kedua Zii Jia selepas kali pertama melakukan sensasi dalam Terbuka Malaysia 2023 pada Januari lalu.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut mengikuti langkah Zii Jia pulang awal apabila tewas kepada pemain Jepun, Aya Ohori, 18-21, 12-21.

Dalam pada itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kekal tenang mengibarkan cabaran negara apabila mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan India, Rohan Kapoor-Reddy Sikki 21-15, 21-16.

Artikel Berkaitan: