Arab Saudi tetap kuota haji Malaysia 31,600 jemaah tahun ini

Kerajaan Arab Saudi tetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini seramai 31,600 orang jemaah. Foto fail Bernama
Kerajaan Arab Saudi tetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini seramai 31,600 orang jemaah. Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini seramai 31,600 orang jemaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semasa pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.

Kuota haji pada tahun lepas adalah seramai 31,600 jemaah haji.

"Dalam pertemuan tersebut antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci,” kata Mohd Na’im dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata, turut dibincangkan ialah berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan para petugas haji.

"Pada masa sama diperbincangkan juga persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji,” katanya.

Mohd Na’im kini berada di Jeddah, Arab Saudi bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. - Bernama

Artikel Berkaitan: