Jemaah umrah Malaysia antara kumpulan pertama ikuti program khas Arab Saudi

No Image Caption
A
A
A

MADINAH - Kumpulan pertama jemaah umrah program khas Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi bagi tahun 2024, tiba di Madinah pada Khamis.

Mereka terdiri daripada 250 tokoh berpengaruh Islam dari 14 negara Asia - Malaysia, Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Vietnam, Laos, Hong Kong, Jepun, Brunei, Thailand, Korea Selatan, Kemboja dan Mongolia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kumpulan kedua dan ketiga jemaah umrah dijadual tiba lewat Khamis, melengkapkan ketibaan 1,000 jemaah umrah dalam program berkenaan.

Sekretariat Agung Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci Haji, Umrah dan Lawatan akan membawa tetamu menziarah Masjid Nabawi, Masjid Quba dan tapak bersejarah di Madinah sebelum ke Makkah untuk menunaikan umrah. - Bernama

@sinarharianonline Sebahagian jemaah asnaf yang berpeluang menunaikan umrah buat kali pertama menerusi program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0 anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menuju ke Masjidil Haram untuk menjalani ibadah. Muzik I Anthony Vega - Arabic Pray dari Artlist.io #fyp#sinarharian#sinarterkini#makkah#Andalusia#Umrah#Asnaf original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan: