FAM hulur sumbangan bantu Palestin

Mohd Firdaus (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Walid (dua dari kiri) bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis. Foto FB FAM
Mohd Firdaus (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Walid (dua dari kiri) bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis. Foto FB FAM
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) melahirkan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis di bumi Gaza apabila menghulurkan sumbangan berjumlah RM34,284.

Sumbangan itu adalah hasil kutipan penjualan tiket dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Kyrgyztan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 November lalu.

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkunjung ke kedutaan Palestin di Kuala Lumpur pada Isnin bagi menyampaikan cek sumbangan kepada dutanya, Walid Abu Ali.

Mohd Firdaus berharap dengan sumbangan berkenaan, ia dapat meringankan beban serta penderitaan rakyat Palestin.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha FAM yang komited untuk melihat keadaan di Palestin menjadi lebih baik pada masa hadapan.

"Saya berharap dengan sumbangan kecil ini, ia sedikit sebanyak dapat memberikan harapan kepada rakyat Palestin," ujar Mohd Firdaus.

Dalam pada itu, Walid menzahirkan ucapan terima kasih kepada FAM dan rakyat Malaysia yang teguh menyuarakan soladiriti kepada Palestin.

"Sokongan yang telah dizahirkan oleh rakyat Malaysia adalah sesuatu yang amat mengharukan.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih atas keprihatinan anda dan teruskan berdoa untuk mereka di Palestin," kata Walid.