Tiga kali tangguh, Konsert Milenia beralih ke Zepp KL

Konsert Milenea akan diteruskan di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert Milenea akan diteruskan di Zepp Kuala Lumpur.
A
A
A

SELEPAS tiga kali ditangguhkan penganjurannya, konsert Milenia akan diteruskan pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, konsert yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu akhirnya dapat direalisasikan walaupun dalam skala yang lebih kecil.

"Pihak kami telah berdepan dengan cabaran besar tentang perang persepsi, faktor keadaan dan situasi semasa mengakibatkan ianya terpaksa ditunda atas permintaan pihak berwajib kerana tidak dapat mengeluarkan permit hiburan pada tarikh sebelum ini.

"Walaupun konsert yang direalisasikan ini lebih berskala kecil, tetapi matlamat utama kami adalah untuk memperjuangkan, mengangkat dan memartabatkan irama muzik dangdut.

"Konsert ini juga mahu membuktikan corak persembahan tidak boleh keterlaluan dan mengikut spesifikasi garis panduan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)," ujarnya.

Tambah Jeffri, ada sedikit perubahan pada barisan artis yang akan membuat persembahan kerana Siti Badriah dan Fitri Carlina tidak dapat turut kerana pecanggahan jadual.

"Konsert ini akan diteruskan dengan penglibatan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina dan Mas Idayu serta kehadiran Baby Shima dan Ani Mayuni.

"Penyanyi dari seberang yang akan turut serta adalah Hesty Klepek-Klepek, Rheyna Morena dan Thomas Arya bersama DJ Dugem, yang akan memainkan lagu-lagu trending di TikTok dalam irama dugem," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jeffri berkata, dengan perubahan tempat dalam skala yang lebih kecil dari perancangan asal sudah pasti mempunyai pelbagai perubahan strategi termasuklah perubahan harga.

Terdapat lima tier zon yang dijual dengan harga Early Bird iaitu Standing Milenia RM 219.00 (berdekatan dengan stage).

Zon Standing Koplo RM 199.00, Zon VIP Seating Gold RM 279.00 (Termasuk Meet And Greet dan free Merchandise), Zon Free Seating Diamond RM 239.00 manakala Zon VVIP Box memuatkan 8 orang termasuk meet and greet, free merchandise dan buffet dinner serendah RM 4499.00 dan kini semua peminat boleh membuat pembelian segera di ticket 2u.com

Kepada pembeli tiket sedia ada sebelum ini pihak kami akan memaklumkan kedudukan Zon baru yang akan ditempatkan menggantikan Zon lama melalui email masing-masing.