YaPEIM hargai peranan media lapor situasi banjir

Sebahagian pengamal media yang hadir pada majlis serahan bantuan dan bermesra bersama YaPEIM serta JaPen. Foto SINAR HARIAN
Sebahagian pengamal media yang hadir pada majlis serahan bantuan dan bermesra bersama YaPEIM serta JaPen. Foto SINAR HARIAN
A
A
A

KOTA BHARU - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) Kelantan menghargai peranan media dalam memberi laporan perkembangan mangsa banjir dengan menyumbang 100 pek barangan makanan kepada menerusi Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI).

Inisiatif tersebut bertujuan membantu meringankan wartawan, jurukamera dan kakitangan termasuk petugas agensi itu yang terjejas bencana berkenaan.

Pengerusi KEMUDI, Majidah Ismail berkata, pihaknya pertama kali menjalinkan kerjasama erat dengan yayasan itu dengan permulaan membantu meringankan beban ahli.

Majidah (dua dari kanan) menerima pek makanan yang disampaikan oleh Nik Mohd Nurul Ihsan (dua dari kanan) dan diiringi Muhd Nor Aswadi (kanan). Foto SINAR HARIAN
Majidah (dua dari kanan) menerima pek makanan yang disampaikan oleh Nik Mohd Nurul Ihsan (dua dari kanan) dan diiringi Muhd Nor Aswadi (kanan). Foto SINAR HARIAN

Menurut beliau, KEMUDI mempunyai 90 petugas media antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sinar Harian selain termasuk seorang wartawan yang terjejas baru-baru ini, manakala 10 lagi ialah kakitangan pentadbiran agensi media.

“Wartawan dan jurugambar ini turun ke lapangan hingga berdepan kesukaran serta risiko kerana bertugas dalam keadaan bencana.

“Jadi, sumbangan daripada YaPEIM ini sangat dihargai dan dapat membantu meringankan beban kami,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan kepada KEMUDI di RTM Kelantan di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Pengurus YaPeim negeri Kelantan, Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor.

Artikel Berkaitan:

Ujar Majidah, KEMUDI dan YaPEIM seterusnya akan mengadakan lebih banyak program bersama merangkumi antaranya merangkumi aspek ekonomi.

“YaPEIM memainkan peranan sebagai penggerak ekonomi seperti berkaitan emas.

“Kerjasama dua hala akan dilakukan pada masa akan datang merangkumi kebajikan, sukan dan sosial selain membantu golongan kurang kemampuan,” ujar beliau.