1,504 serbuan kes judi di Kedah

Fisol menunjukkan Op Dadu Khas 2024 yang dilaksanakan oleh pihaknya sejak enam hari lalu.
Fisol menunjukkan Op Dadu Khas 2024 yang dilaksanakan oleh pihaknya sejak enam hari lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Kedah melakukan 1,504 serbuan dalam Op Dadu Khas bagi membanteras aktiviti perjudian di seluruh negeri ini sepanjang Januari sehingga Disember 2023.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, dalam serbuan yang dijalankan, pihaknya telah berjaya menangkap 1,661 orang dengan rampasan wang sebanyak RM311,142.

Menurutnya, dalam statistik tersebut, judi ekor haram mendominasi apabila sebanyak 863 serbuan dilakukan dengan tangkapan sebanyak 876 orang melibatkan wang rampasan sebanyak RM137,349.

Bagi judi dalam talian pula, sebanyak 622 serbuan dilakukan dan 637 orang ditangkap melibatkan rampasan wang sebanyak RM78,713.

Fisol (kanan) mendengar taklimat Op Dadu Khas 2024 yang dilakukan anggotanya sejak enam hari lalu.
Fisol (kanan) mendengar taklimat Op Dadu Khas 2024 yang dilakukan anggotanya sejak enam hari lalu.

“Selain daripada itu, sepanjang tahun 2023, terdapat tiga serbuan yang berjaya dilakukan bagi jenayah perjudian ‘calling center’ dengan tangkapan sebanyak 10 orang selain judi dalam bangunan dan judi luar bangunan masing-masing serbuan sebanyak lapan serbuan dengan tangkapan sebanyak 138 tangkapan.

“Susulan dari serbuan yang berjaya dilaksanakan oleh pihak polis kontinjen kedah, sabanyak 298 premis di seluruh negeri kedah telah di potong bekalan elektrik,” katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Jelas Fisol, bagi tahun 2024, pihaknya terus menggempur aktiviti perjudian dalam talian dan judi ekor haram secara berterusan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dalam tempoh enam hari pertama pada tahun ini, sebanyak 13 serbuan berjaya dilaksanakan bagi perjudian judi dalam talian dengan tangkapan seramai 27 orang dengan wang rampasan sebanyak RM2,660.

Tambahnya, bagi judi ekor haram pula sebanyak 12 serbuan berjaya di lakukan dengan tangkapan sebanyak 13 orang dan wang rampasan sebanyak RM1,526.