Dr Wan Azizah beri sumbangan kepada OKU hidap pelbagai penyakit

Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Nor Aliff Mohd Nor, 37, yang menghidap penyakit kronik pada Program Penyerahan Bantuan Khas di Perumahan Awam Sri Johor pada Ahad. Foto Bernama
Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Nor Aliff Mohd Nor, 37, yang menghidap penyakit kronik pada Program Penyerahan Bantuan Khas di Perumahan Awam Sri Johor pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Nor Aliff Mohd Nor, yang menghidap pelbagai penyakit di kediamannya di Perumahan Awam Sri Johor di Cheras di sini.

Selain cacat fizikal, Nor Alif, 37, juga menghidap penyakit jantung, kencing manis, gout dan lumpuh separuh badan, menetap bersama dua adik-beradik lain yang berusia 14 dan 16 tahun setelah kematian ibu bapa mereka.

Wan Azizah berkata, banyak perkara yang perlu dibantu dan difahamkan Nor Aliff juga ada berhutang dengan hospital yang menyebabkan rawatannya perlu dihentikan.

"Jadi, kita sedang usahakan untuk menyambung semula rawatannya itu. Kita juga akan bagi bantuan makanan untuk adik-adiknya selain akan cuba permudahkan urusan persekolahan mereka,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas menyantuni pemuda berkenaan.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyumbangkan wang tunai dan bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain bantuan daripada Tabung Kebajikan serta Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan.
Artikel Berkaitan:


Pada masa sama, Dr Wan Azizah turut mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat korporat yang prihatin untuk terus menyumbang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan. - Bernama