Identiti mayat reput tanpa kepala di Pantai Rantau Abang belum dikenal pasti

Mazli
Mazli
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis belum mengenal pasti identiti mayat reput tanpa kepala yang ditemukan terdampar di Pantai Rantau Abang pada petang Sabtu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya masih menunggu keputusan laporan bedah siasat yang dijalankan berhubung kes itu.

"Mayat berkenaan telah dihantar untuk proses post mortem oleh pasukan perubatan forensik.

"Kita akan maklumkan berkenaan keputusan yang akan diperoleh nanti," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Ahad.

Sebelum ini, mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terdampar oleh pengunjung yang beriadah di pantai berkenaan kira-kira jam 5.15 petang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat berkenaan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, mayat itu dipercayai dihanyutkan arus dan dipukul ombak sebelum terdampar di daratan.

Artikel Berkaitan: