Ribuan tan ikan sardin terdampar di pantai Jepun

Penduduk tempatan mengutip ikan sardin yang terdampar di sepanjang pantai Hakodate. - Foto Agensi
Penduduk tempatan mengutip ikan sardin yang terdampar di sepanjang pantai Hakodate. - Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Ribuan tan ikan sardin dihanyutkan di pantai di utara Jepun atas sebab yang tidak diketahui, pada pagi Khamis.

Penduduk tempatan berkata, mereka tidak pernah melihat fenomena seperti itu.

Kelihatan beberapa penduduk mengutip ikan itu untuk dijual atau dimakan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan notis dalam laman web yang menggesa orang ramai tidak memakan ikan tersebut.

Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan Hakodate, Takashi Fujioka berkata, dia pernah mendengar fenomena sama berlaku sebelum ini, namun ini adalah kali pertama melihatnya.

Jelasnya, ikan tersebut berkemungkinan lari dari ikan pemangsa dan mengalami keletihan akibat kekurangan oksigen ketika bergerak dalam kumpulan yang besar dan dihanyutkan ombak ke pantai.

"Kami tidak tahu punca ikan ini terdampar di pantai, jadi saya tidak mengesyorkan anda memakannya," kata Fujioka. - Agensi

Artikel Berkaitan: