'Jika Malaysia jatuh, Pahang tidak terkecuali'

Aireroshairi
Aireroshairi
A
A
A

KUANTAN - Pas Pahang menjangkakan bahawa pemerintahan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) di negeri ini bakal tumbang, jika Kerajaan Persekutuan jatuh.

Ketua Penerangan Pas negeri, Aireroshairi Roslan berkata, kejatuhan itu bukan kerana 'ditebuk' tetapi keserasian yang semakin hari semakin retak dan menanti belah.

"Cuma saya menjangkakan kalau Malaysia jatuh, Pahang juga akan jatuh.

"Kalau perkara itu berlaku di Pahang, kami sudah kenal pasti dan hanya tinggal untuk muktamadkan sahaja lima atau tujuh ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dari UMNO yang telah bersedia untuk bersama membentuk kerajaan Pahang," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Aireroshairi berkata, DAP sedang memperkudakan UMNO untuk mencapai matlamat politik mereka.

"UMNO sedang terkial-kial dalam mempertahankan kewujudan mereka dalam arena politik negara menyebabkan mereka perlu bersama DAP.

"PKR (Parti Keadilan Rakyat) menjadi alat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk memegang tampuk kuasa. Keadaan politik Malaysia dalam keadaan serba tak kena," ujarnya.

Sebelum itu, Aireroshairi memberitahu rakyat dihidangkan dengan pelbagai maklumat politik daripada sumber yang tidak dikenali pasti kesahihannya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, penjenamaan langkah demi langkah bermula 10 tahun yang lalu, menjadi trend politik Malaysia yang menyumbang kepada ketidakstabilan politik.

"Langkah Kajang, Langkah Sheraton, Langkah Dubai merupakan nama-nama yang dijenamakan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

"Yang nyata, semua ini bermula dari bekas PM (Perdana Menteri) 'in waiting' yang paling lama dalam sejarah hari ini akhirnya berjaya menjadi PM yang seterusnya. Entah berapa lama kerajaan ini akan bertahan.

"Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba muncul nama Langkah Dubai, yang kemudiannya disakat atau dicuit oleh panglima perang Pas, YB (Yang Berhormat) Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) sehingga isu ini menjadi semakin panas," katanya.

Beliau berkata, gabungan parti kerajaan yang mempunyai "interest" berbeza sememangnya tidak akan bertahan lama.

Jelasnya, sebagai rakyat biasa pasti merasakan tekanan ekonomi yang tidak pernah dilalui sebelum ini dan sangat berharap kerajaan sedia ada tidak bertahan lama.

"Kegagalan dalam mengurus negara ini nampak jelas pada pengurusan barangan keperluan asas yang tidak stabil.

"Harga barang meningkat, kekurangan beras, ayam dan telur di pasaran, masalah hubungan di antara kaum yang sentiasa panas, merupakan indikator kelemahan PH -BN dalam pemerintahan," katanya.

Aireroshairi berkata, rakyat juga berada dalam kelemasan dan semakin hari, semakin hilang kemampuan untuk bertahan dengan suasana sosio ekonomi dan politik yang terumbang ambing

@sinarharianonline

'Jika Malaysia jatuh, Pahang tidak terkecuali' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Pahang #Pas

Earned It (From "Fifty Shades of Grey") - Soundtrack Wonder Band