Orang ramai tumpu 'Jualan Termurah' Khidmat Demi Rakyat'

Orang ramai tidak melepaskan peluang beratur untuk membeli barangan keperluan harian pada Jualan Termurah "Khidmat Demi Rakyat" anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Tapak Parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, pada Sabtu. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan terutama barang basah sempena program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat pada Sabtu.

Seawal jam 7.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, iaitu lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Seawal jam 7.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, iaitu lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Foto Bernama

Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil hadir bagi merasmikan program berkenaan.

Pada program berkenaan, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan seperti beras lima kilogram (5kg) yang dijual pada harga RM16.50, ikan siakap RM7 seekor, tiga ekor ikan cencaru yang dijual dengan harga RM1 dan ayam segar RM8.50 sekilogram.

Selain itu, buah-buahan juga boleh didapati pada program berkenaan. - Bernama