7 tahun bergelar ibu tunggal, Farah Lee kini milik Fuad

Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, selamat bergelar isteri kepada individu bernama Fuad. Foto IG Farah Lee
Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, selamat bergelar isteri kepada individu bernama Fuad. Foto IG Farah Lee
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PERSONALITI media sosial dan aktivis, Farah Lee selamat bergelar isteri buat kali kedua pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, selamat bergelar isteri kepada individu bernama Fuad.

“Okay done kahwin lagi sekali, 5 Januari 2024,” tulisnya ringkas beserta tanda pagar #GoodluckFuad.

Rata-rata pengikut Instagram Farah mengakui terkejut dengan khabar gembira itu dan turut mengucapkan tahniah.

Farah Lee selamat bergelar isteri buat kali kedua pada Jumaat. Foto IG Farah Lee
Farah Lee selamat bergelar isteri buat kali kedua pada Jumaat. Foto IG Farah Lee

Sebelum ini, Farah pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti televisyen dan pengacara, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012, tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esaabel, yang kini berusia 9 tahun.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Fuad atau nama sebenarnya, Muhammad Fuad Hashim, 35, merupakan atlet kuda lasak dan juga penunggang pasukan State Terengganu Endurance Team (STET).

Penunggang kelahiran Kampung Banggol Mempelam, Kuala Terengganu itu pernah muncul juara kategori 100 kilometer (KM) Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, pada Januari tahun lalu.