‘Tidak adil denda syarikat sahaja’ - FMM

Tan Sri Datuk Soh Thian Lai.
Tan Sri Datuk Soh Thian Lai.
A
A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) membantah cadangan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani agar syarikat yang membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan di sektor pekerjaan dikenakan kompaun.

Presidennya, Tan Sri Datuk Soh Thian Lai turut menggesa kerajaan untuk menyiasat kes-kes demikian terlebih dahulu dan tidak menyalahkan majikan tanpa siasatan.

“Adalah tidak adil bagi pihak berkuasa untuk segera menyalahkan majikan tanpa siasatan yang betul ke atas perkara itu.

“Tindakan membawa pekerja tanpa pekerjaan yang disahkan mungkin oleh ejen yang tidak bertanggungjawab.

“Mereka (ejen) membawa pekerja dengan janji palsu mengatakan ada pekerjaan yang menanti dan terlibat aktiviti penipuan sepanjang proses pengambilan seperti memalsukan permohonan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Johari pada Khamis mencadangkan bahawa mana-mana syarikat atau ejen yang menipu pekerja asing dikenakan kompaun sehingga RM30,000

Sementara itu, menurut Thian Lai, pengilang dikenakan syarat ketat daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi sebagai agensi pengawalseliaan untuk sektor pembuatan.

Tambahnya, majikan seharusnya menunjukkan bukti pesanan dan permintaan daripada pelanggan sebagai justifikasi jumlah pekerja asing yang dimohon.

Artikel Berkaitan:

“Keperluan ini akan memastikan bahawa industri tersebut tidak menyalahgunakan sistem dan membawa jumlah pekerja yang berlebihan.

“Sektor ini akan terus memerlukan pekerja asing untuk menyokong aspek-aspek tertentu dalam operasi mereka secara beransur-ansur untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing,” ujarnya.