Baru kenal melalui WhatsApp, pelajar berani ikut teman lelaki balik rumah

Tujuh remaja membabitkan tiga lelaki dan empat wanita ditahan kerana disyaki berkhalwat. Foto Pejabat Agama Daerah Kulim
Tujuh remaja membabitkan tiga lelaki dan empat wanita ditahan kerana disyaki berkhalwat. Foto Pejabat Agama Daerah Kulim
A
A
A

KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan kerana dipercayai bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 20 tahun di sebuah rumah di Taman Kenari, di sini pada Jumaat.

Pasangan itu ditahan oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan serbuan pada jam 11.30 pagi tadi.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan maksiat di rumah terbabit sebelum melakukan pemeriksaan dengan dibantu jemaah surau taman perumahan itu.

"Kita mendapati pintu rumah tertutup. Sebaik pintu rumah diketuk, ia dibuka salah seorang penghuni wanita rumah berkenaan dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

"Hasil pemeriksaan menemui remaja 14 tahun itu bersama lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah bilik.

"Turut ditahan dua lagi pasangan berusia antara 19 hingga 20-an dalam bilik berasingan dalam rumah itu.

“Remaja 14 tahun itu yang masih bersekolah mengaku baru berkenalan dengan lelaki itu melalui WhatsApp sebelum berani mengikutnya ke rumah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Beliau berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen yang menunjukkan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri yang sah.

Katanya, semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk laporan tangkapan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!