X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak maut tercampak dari pangkuan ibu

Perodua Myvi terbabas ke dalam sawah selepas pertembungan terbabit.
A
A

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat tercampak dari pangkuan ibunya selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Titi Haji Idris di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, dalam kejadian jam 7.40 pagi itu kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi berkenaan bertembung dengan sebuah Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 30-an.

Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan pemandu kereta Perodua Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi berkenaan tercampak ke bahagian hadapan kereta.

"Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

"Sementara pemandu Alza pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala," katanya menerusi suatu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut manakala mayat kanak-kanak dihantar ke unit forensik HSB.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!