Pahang tubuh pusat sehenti untuk perantau

Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Sekretariat Perantau Anak Pahang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pahang menubuhkan pusat sehenti atau ‘one-stop centre’ untuk menyelaraskan maklumat, program dan bantuan kepada perantau negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia bertujuan bagi menyampaikan maklumat tepat tentang perkara yang berlaku dalam negeri tersebut.

Menurutnya, Exco Pahang, Fadzli Mohamad Kamal dan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin dilantik untuk menjaga kebajikan anak-anak rantau serta golongan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di luar negeri berkenaan.

“Maklumat dan info akan diselaraskan bagi mengetahui perkara sebenar. Kemasukan mereka ini juga secara automatik, jadi sudah tidak perlu mendaftar.

“Seramai 11,251 anak Pahang menyambung pengajian di IPT di luar negeri ini, manakala 96,182 telah merantau dan bekerja di luar Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) ketika hadir ke Majlis Pelancaran Sekretariat Perantau Anak Pahang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM

“Pusat sehenti ini ditempatkan di tingkat enam Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan akan menjadi platform untuk anak rantau mengadu jika ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan penubuhan Pusat Sehenti Sekretariat Perantau Anak Pahang di WTCKL, di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Wan Rosdy menambah, kerajaan negeri turut menubuhkan Tabung Prihatin Pahang yang memperuntukkan sebanyak RM5 juta ringgit pada 2024.

Ujar beliau, ia merupakan inisiatif terbaharu dalam membantu rakyat golongan sederhana (B40).

“Tabung itu akan memberikan bantuan kecemasan yang diperlukan bagi rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup,” tambahnya.