Lebih 1,000 jemaah sertai Semarak Subuh di Pontian

Jefridin bersama sebahagian jemaah selepas menunaikan solat subuh di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun, sempena Semarak Subuh Johor, di Pontian pada Jumaat.
Jefridin bersama sebahagian jemaah selepas menunaikan solat subuh di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun, sempena Semarak Subuh Johor, di Pontian pada Jumaat.
A
A
A

PONTIAN – Program Semarak Subuh di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan lebih 1,000 jemaah.

Empat masjid tersebut ialah Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun bagi DUN Kukup dan Masjid Jamek Pekan Ayer Baloi bagi DUN Pulai Sebatang, Masjid Jamek Kampung Ulu Pulai bagi DUN Pekan Nanas dan Masjid Jamek Pekan Parit Tengah bagi DUN Benut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Datuk Jefridin Atan berkata, program cetusan idea Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dapat menyemarakan suasana solat subuh di negeri ini.

Katanya, jawatankuasa masjid dan surau di kawasan DUN Kukup perlu menarik seberapa ramai penduduk untuk menyertai solat subuh di tempat masing-masing termasuk golongan muda.

Antara jemaah yang menyertai Semarak Suboh di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun pada Jumaat.
Antara jemaah yang menyertai Semarak Suboh di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun pada Jumaat.

“Insya-ALLAH, Jumaat ini merupakan permulaan bagi Semarak Subuh dan akan diteruskan di masjid dan surau-surau lain pada minggu hadapan dengan lebih ramai penyertaan daripada kariah setempat,” ujarnya.

Hadir menjayakan program tersebut Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran; Kadi Daerah Pontian, Adam Ibrahim; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Ab Razak Khalid dan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Abd Rahman Salleh.

Turut sama, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, penggerak masjid dan surau bagi DUN dan pengerusi jawatankuasa masjid dan surau

Artikel Berkaitan:

Semarak Subuh yang diumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada November tahun lalu, akan dilaksanakan di 56 kawasan DUN dengan peruntukan berjumlah RM560,000.

Inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.