Arena Residences 2 oleh IOI Properties kini dibuka untuk jualan

A
A
A

Pangsapuri perkhidmatan seluas kira-kira 3.12 ekar ini akan terdiri daripada 169 unit di blok pertama serta 175 unit di blok kedua terletak di Warisan Puteri, Sepang
Pangsapuri perkhidmatan seluas kira-kira 3.12 ekar ini akan terdiri daripada 169 unit di blok pertama serta 175 unit di blok kedua terletak di Warisan Puteri, Sepang

SEPANG - Fasa kedua Arena Residences, pembangunan perumahan di Warisan Puteri Sepang, kini dibuka untuk jualan selepas kejayaan fasa pertama, Arena Residences 1.

Terletak di Warisan Puteri Sepang, Arena Residences 2 merupakan pangsapuri perkhidmatan berstatus hak milik kekal yang dibangunkan di lokasi strategik berdekatan pasaraya, universiti, hotel dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2.

"Fasa kedua pangsapuri berkepadatan rendah ini dilancarkan setelah kejayaan fasa pertama yang telah terjual sebanyak 80 peratus sejak dilancarkan 12 bulan yang lepas. Ini menandakan minat utuh dan keyakinan tinggi pembeli-pembeli rumah di kawasan ini," kata Pengurus Besar, Wong Peen Fook.

WONG PEEN FOOK
WONG PEEN FOOK

Konsep dwi kunci memberikan fleksibiliti

Artikel Berkaitan:

Pangsapuri perkhidmatan seluas kira-kira 3.12 ekar ini akan terdiri daripada 169 unit di blok pertama serta 175 unit di blok kedua. Unit-unit ini menawarkan keluasan binaan daripada 603 hingga 1,001 kaki persegi dengan susun atur praktikal merangkumi dua, tiga dan empat bilik tidur.

Semua unit akan diperuntukkan dua tempat letak kereta dengan harga jualan bermula daripada RM250,000. Sempena pelancaran fasa kedua ini, bakal pembeli dapat menikmati tawaran terhad pakej separa berperabot yang terdiri daripada peti sejuk, kabinet dapur, almari pakaian, penghawa dingin, kipas serta lampu.

"Pakej separa berperabot ini akan memberi penjimatan tambahan kepada pembeli agar kurang terbeban untuk melengkapi keperluan asas di dalam rumah," ulas Wong.

Konsep dwi kunci juga diperkenalkan bagi unit empat bilik seluas 1,001 kaki persegi. Unit berkonsep dwi kunci ini boleh dijadikan sebagai pelaburan, sewaan, atau malah untuk dijadikan kediaman sendiri yang membolehkan keluarga berbilang generasi tinggal di bawah satu bumbung.

Dengan adanya susun atur fleksibel ini, bakal pembeli boleh tinggal bersama ahli-ahli keluarga atau penyewa mereka tetapi masih dapat mengekalkan ruang peribadi masing-masing.

Arena Residences 2 akan dilengkapi kemudahan dan ruang lanskap yang indah,
Arena Residences 2 akan dilengkapi kemudahan dan ruang lanskap yang indah,

Dijangka siap pada suku keempat tahun 2026, Arena Residences 2 akan dilengkapi kemudahan seperti kolam renang, ruang lanskap yang indah, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan pelbagai fasiliti untuk dinikmati seisi keluarga.

Kemudahan kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan pelbagai fasiliti turut disediakan untuk dinikmati seisi keluarga.
Kemudahan kolam renang, gimnasium, taman permainan kanak-kanak dan pelbagai fasiliti turut disediakan untuk dinikmati seisi keluarga.

Dikelilingi pelbagai kemudahan

Arena Residences 2 terletak bersebelahan dengan hab komersial Arena Xchange yang 100% terjual dan kini telah dihuni dan beroperasi.

Kedai-kedai yang sedia beroperasi di Arena Xchange termasuk Lotus’s dengan kedai berkonsep baru yang akan dilancarkan pertama kali di seluruh Malaysia, restoran-restoran, kedai perabot, kedai barangan elektrik dan elektronik, klinik dan sebagainya.

Semua kemudahan ini akan memenuhi keperluan harian penduduk di kawasan sekitar.

Selain itu, penghuni-penghuni Arena Residences 1 dan 2 juga dapat meluangkan masa di kedai Starbucks Coffee yang terkenal, dan mengunjungi kedai-kedai ternama lain yang bakal dibuka untuk memperkayakan gaya hidup komuniti setempat.

Kewujudan Arena Xchange secara keseluruhannya akan meningkatkan daya tarik kawasan ini bagi pemilik perniagaan serta komuniti setempat.

Jaringan lebuh raya dan akses mudah

Aksesibiliti dan rangkaian lebuh raya yang menghubungkan Arena Residences 2 di Warisan Puteri Sepang dengan kawasan sekitarnya merupakan elemen penting dalam pembangunan ini.

Warisan Puteri Sepang boleh diakses melalui lebuh raya seperti Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), sekaligus memudahkan pergerakan penduduk ke tempat kerja ataupun tempat beriadah di pusat bandar dan kawasan-kawasan sekitar.

Dibangunkan oleh pemaju bereputasi di Malaysia iaitu IOI Properties, pembangunan Arena Residences 2 ini menjanjikan keselesaan dan menyediakan pelbagai kemudahan dengan harga mampu milik buat pembeli pangsapuri perkhidmatan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Arena Residences 2, sila layari laman web Arena Residences 2 atau hubungi kami di 03-8705 9989 untuk melawat galeri jualan di IOI Galleria @ Warisan Puteri, Sepang serta mengunjungi rumah contoh.