Lelaki maut dalam pergaduhan, polis buru lapan lelaki

Raub
Raub
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut dalam satu pergaduhan menggunakan senjata tajam di Jalan Trus di bandar raya ini pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut pada jam 1.08 pagi.

"Polis menerima maklumat orang awam berhubung satu pergaduhan menggunakan senjata tajam yang menyebabkan kematian seorang lelaki.

"Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang jam 12.45 malam sehingga 1.08 pagi tadi.

"Siasatan mendapati mangsa merupakan warga tempatan yang berusia 24 tahun dan dikesan mempunyai beberapa kesan tetakan di kepala, bahu, punggung, tangan dan pergelangan tangan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu katanya, pihak polis giat mengesan lapan suspek lelaki warga tempatan berhubung kejadian berkenaan.

"Polis sedang giat mengesan lapan suspek lelaki yang menaiki kereta Produa Viva berwarna putih dan Toyota Vios berwarna hijau yang dipercayai terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan," katanya.

Jelas Raub, punca kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh terus hubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superitenden Kong Hock Peng 019-7308888.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum bunuh.