Kutipan tol WCE Assam Jawa bermula malam ini

Info grafik mengenai kadar tol dikenakan mengikut kelas kenderaan di Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan dan Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara.
Info grafik mengenai kadar tol dikenakan mengikut kelas kenderaan di Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan dan Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) perlu membayar tol di Plaza Tol Assam Jawa bermula jam 12 tengah malam Rabu.

WCE dalam satu kenyataan memaklumkan, kutipan tol dilakukan selepas ia beroperasi secara percuma selama 42 hari.

Menurut kenyataan itu, kadar tol untuk setiap kelas kenderaan berdasarkan kadar tol yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

"Kutipan tol Lebuhraya WCE adalah secara elektronik sepenuhnya dan kami menasihatkan pengguna untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch n Go anda mencukupi.

"Sila pastikan anda menggunakan lorong pembayaran yang betul," kata kenyataan itu pada Selasa.

Kenyataan itu memaklumkan, orang ramai diminta merujuk info grafik di Facebook WCE atau muat naik aplikasi WCE App untuk maklumat lanjut.

Berdasarkan info grafik itu, kadar tol dikenakan di Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan mengikut kelas kenderaan iaitu kereta (RM5.05), lori (RM10.11), treler (RM15.16), teksi (RM2.53) dan bas (RM3.79).

Bagi Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara pula iaitu kereta (RM4.12), lori (RM8.24), treler (RM12.36), teksi (RM2.06) dan bas (RM3.09)

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, laluan WCE itu tidak dikenakan tol mulai 21 November lalu sehingga 2 Januari depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tol percuma itu diberikan kepada pengguna lebuh raya yang memasuki Lebuhraya WCE Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa di kedua-dua arah.

Beliau memberitahu, pemberian tol percuma menjadi amalan kelaziman setiap kali kerajaan membuka lebuh raya baharu kepada pengguna.