Angka kematian akibat gempa bumi Jepun meningkat kepada 30

Gempa bumi turut mencetuskan kebakaran di pusat pelancongan terkenal di sekitar pasar pagi Wajima hingga memusnahkan sekitar 200 bangunan. Foto AFP
Gempa bumi turut mencetuskan kebakaran di pusat pelancongan terkenal di sekitar pasar pagi Wajima hingga memusnahkan sekitar 200 bangunan. Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Sehingga jam 2 petang waktu tempatan sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan maut di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar pada Isnin, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo pada Selasa.

Susulan insiden itu, kebakaran tercetus di pusat pelancongan terkenal di sekitar pasar pagi Wajima hingga memusnahkan sekitar 200 bangunan.

Beberapa bangunan turut runtuh menyebabkan 14 orang tertimbus.

Keadaan rumah-rumah yang rosak di sepanjang jalan di Wajima, sehari selepas gempa bumi besar 7.5 magnitud melanda rantau Noto di wilayah Ishikawa. Foto AFP
Keadaan rumah-rumah yang rosak di sepanjang jalan di Wajima, sehari selepas gempa bumi besar 7.5 magnitud melanda rantau Noto di wilayah Ishikawa. Foto AFP

Orang ramai turut mengalami kecederaan di wilayah Niigata, Toyama, Fukui dan Gifu akibat bangunan runtuh atau rosak.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata bahawa kerajaan telah menghantar beberapa pasukan pertahanan ke kawasan terjejas dan akan terus memberikan bantuan.

Sejak Isnin, Jepun telah dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: