Ronaldo hadiahkan Porsche buat ibunya sempena hari lahir

Ronaldo meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ibunya di kampung halaman mereka di Madeira.
Ronaldo meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ibunya di kampung halaman mereka di Madeira.
A
A
A

MADEIRA - Cristiano Ronaldo mencipta kejutan istimewa sebelum mengakhiri tahun 2023 apabila menghadiahkan sebuah kereta Porsche baharu sempena hari lahir ibunya pada malam tahun baharu.

Ibu Ronaldo, Dolores Aveiro yang berusia 69 tahun serta kapten Portugal itu telah pulang ke kampung halamannya di Madeira untuk meraikan majlis ulang tahun tersebut.

Dalam satu rakaman video, anak lelaki Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr menunjukkan kepada Dolores Porsche Cayenne itu sebelum dia dilihat menahan sebak selepas menyedari kereta itu diberikan kepadanya.

Kereta itu dibalut dengan reben merah besar yang diikat dan Dolores nyata terharu sambil memeluk cucunya sebelum masuk ke dalam kereta buat kali pertama.

Dia kemudian ditunjukkan secara ringkas bagaimana kereta baharu itu berfungsi, manakala keluarganya, termasuk Ronaldo sendiri, menonton dari dalam garaj.

Kakak Ronaldo, Katia, memuji adiknya itu selepas bermurah hati memberikan hadiah cukup berharga itu kepada ibu mereka.

"Jika dia gembira, itu kerana anaknya mengingatinya dan bukan kerana nilai hadiah itu. Hargailah ayah dan ibumu dan semoga anda dipanjangkan umur," katanya.

Ibu Ronaldo sentiasa memberikan sokongan kepada anaknya sepanjang kerjaya profesionalnya.

Artikel Berkaitan:

Dia menangis teresak-esak apabila Ronaldo mendedikasikan satu gol untuknya semasa Portugal menang 4-0 ke atas Switzerland pada Jun 2022 ketika dia menonton dari tempat duduk penyokong. - Agensi

Ibu Ronaldo sebak dapat Porsche Cayenne

Dalam pada itu, linangan air mata mengiringi penerimaan hadiah ulangtahun ke-69, Dolores.

Dia tidak dapat menahan sebak ketika diiringi cucunya, Cristiano Ronaldo Jr yang merupakan anak Ronaldo sebaik menyedari bahawa hadiah yang diberikan kepadanya merupakan hadiah pemberian Ronaldo kemudian memeluk cucunya sebelum masuk ke dalam Porsche Cayenne itu.

Sebagai rekod, Maria Dolores dos Santos Aveiro memainkan peranan penting dalam membantu Ronaldo mencapai impiannya menjadi pemain bola sepak terkenal.

Ketika Ronaldo berusia 14 tahun, Maria Dolores dos Santos Aveiro menyokong keputusannya berhenti sekolah untuk memberi tumpuan kepada bola sepak.

Hari ini, Maria Dolores dos Santos Aveiro menjalani kehidupan dengan menghabiskan masa bersama cucu-cucunya.