Mayat dalam kereta meninggal lebih 5 hari, saksi diminta tampil

Mayat seorang lelaki yang sudah mengembung dan berbau busuk ditemui dalam sebuah kereta oleh orang ramai di tapak 'car boot sale' Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.
Mayat seorang lelaki yang sudah mengembung dan berbau busuk ditemui dalam sebuah kereta oleh orang ramai di tapak 'car boot sale' Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan satu mayat dalam sebuah kereta di Kota Damansara, dekat sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.04 tengah hari pada Ahad berhubung kematian seorang lelaki.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

"Lokasi kejadian bertempat di kawasan parkir kenderaan, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Si mati dipercayai telah meninggal dunia lebih dari lima hari," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat, melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Jelasnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintenden Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062.

@sinarharianonline Orang ramai yang mempunyai maklumat, melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil membantu siasatan. #SinarHarian#SinarTerkini#PDRM#Mayat#KotaDamansara Minimal for news / news suspense(1169746) - Hiraoka Kotaro

Artikel Berkaitan: