Pemuda Pas gesa kerajaan perjelas isu miskin tegar


Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan untuk memperjelaskan sama ada Malaysia dapat menoktahkan isu miskin tegar atau sebaliknya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, gesaan itu dibuat susulan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan bahawa masalah itu akan diselesaikan pada tahun 2023.

“Berkali-kali kerajaan menyatakan keyakinan bahawa miskin tegar dinoktahkan pada tahun 2023.

“Hari ini 1 Januari 2024, adakah tidak wujud lagi miskin tegar di Malaysia? Kerajaan dimohon perjelaskan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Isnin.

Pada 24 Februari lalu, akhbar melaporkan Anwar memaklumkan iltizam kerajaan untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Menurutnya, kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum akan segera dibantu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah yang lebih menyeluruh.

Artikel Berkaitan: