Tukang urut warga China sangkut urin

Polis menjalankan pemeriksaan penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang, Klang dalam operasi Ops Hiburan awal pagi tadi.
Polis menjalankan pemeriksaan penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang, Klang dalam operasi Ops Hiburan awal pagi tadi.
A
A
A

KLANG - Seorang tukang urut warga China antara yang ditahan selepas dikesan positif dadah dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, operasi bermula jam 1 pagi itu melibatkan pemeriksaan ke atas seramai 79 orang membabitkan 37 lelaki dan 42 wanita.

Menurutnya, operasi Ops Hiburan itu berjaya mengesan empat individu berusia lingkungan 30 hingga 50-an iaitu tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga China yang positif dadah.

"Hasil ujian air kencing mendapati keempat-empat individu terbabit positif syabu.

"Semakan mendapati lelaki terbabit adalah pengunjung pusat hiburan itu, manakala wanita warga China itu merupakan pekerja di sebuah premis urut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, keempat-empat individu itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, pihaknya akan terus melaksanakan operasi sedemikian dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

"Tindakan tegas menanti mana-mana individu yang terlibat dengan dadah. Kita tidak akan berkompromi dan akan terus melaksanakan tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: