Morales buru cabaran baharu

Morales ketika membantu KL City menjulang Piala Malaysia selepas menjinakkan JDT dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 3 November 2021. Foto: Facebook Romel Morales
Morales ketika membantu KL City menjulang Piala Malaysia selepas menjinakkan JDT dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 3 November 2021. Foto: Facebook Romel Morales
A
A
A

PEMAIN naturalisasi negara, Romel Morales mengesahkan tidak lagi bersama Kuala Lumpur City (KL City) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Ketika berkongsi perkembangan tersebut di laman sosialnya, Morales yang mula menyertai KL City pada 2021 mengakui akan meneruskan kariernya bersama pasukan baharu.

“Terima kasih kepada pengurusan skuad The City Boys, saya amat menghargai setiap kenangan bersama kelab ini. Dari hari pertama, saya rasa sudah jadi sebahagian daripada keluarga. Setiap perlawanan, setiap sesi latihan merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan,” katanya.

Dalam pada itu, Morales menghargai sokongan yang diberi kepadanya dalam dan luar padang sepanjang bersama KL City.

“Sekarang, saya bakal membuka lembaran baru dalam karier. Tapi saya mahu anda tahu bahawa saya akan bawa anda semua bersama. Saya mendapat kawan untuk seumur hidup.

“Terima kasih untuk detik-detik menggembirakan, mengatasi cabaran bersama-sama dan membina memori yang saya akan hargai buat selamanya,” katanya.

Morales sepanjang menyarung jersi The City Boys telah melakukan 81 penampilan, menjaringkan 25 gol dan enam bantuan gol.

Malah dia juga membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan

Artikel Berkaitan:

Dia juga antara tonggak penting ketika membawa City Boys mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 sebelum tewas 0-3 kepada kelab Oman, Al Seeb pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Oktober.

Morales juga berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang berkongsi emosi, barisan kejurulatihan, penyokong, pihak berkuasa dan presiden kelab.

“Paling penting, staf kelab yang bekerja setiap hari dengan para pemain pasukan. Terima kasih Kuala Lumpur kerana menjadi rumah bola sepak saya!,” katanya.