Giliran warga asing di 'Little India' Brickfields diserbu

Seramai 370 warga asing diperiksa dalam serbuan diadakan di kawasan 'Little India' di Brickfields pada Isnin. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Seramai 370 warga asing diperiksa dalam serbuan diadakan di kawasan 'Little India' di Brickfields pada Isnin. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 370 warga asing diperiksa pada hari pertama tahun baharu 2024 apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu beberapa lokasi di Brickfields atau lebih dikenali 'Little India'.

Timbalan Ketua Pengarah JIM (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, sebanyak 30 premis diperiksa dalam serbuan operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain termasuk Jabatan Pendafatan Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sebanyak 30 premis diperiksa dalam Ops Sapu pada Isnin. Foto SINAR HARIAN - MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Sebanyak 30 premis diperiksa dalam Ops Sapu pada Isnin. Foto SINAR HARIAN - MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.

Beliau berkata, dalam Ops Sapu itu, lebih 100 individu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, langgar syarat pas lawatan yang dikeluarkan JIM, tinggal lebih masa serta memiliki kad yang tidak diiktiraf atau diragui kesahihannya.

"Seramai 174 warga asing dari India diperiksa pada operasi bersepadu kali ini, diikuti Bangladesh (101), Pakistan (36), Sri Lanka (21), Indonesia (30), Nepal (5), Filipina (2) serta Myanmar (1).

"Kesemua yang ditahan berusia 25 hingga 71 tahun akan diperiksa selanjutnya di ibu pejabat JIM Putrajaya.

Kesemua yang ditahan berusia 25 hingga 71 tahun akan diperiksa selanjutnya di ibu pejabat JIM Putrajaya. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Kesemua yang ditahan berusia 25 hingga 71 tahun akan diperiksa selanjutnya di ibu pejabat JIM Putrajaya. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.

"Mereka yang bersalah ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Semenyih bagi proses dokumentasi dan pemeriksaan selanjutnya," katanya ketika sidang akhbar pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan), Datu Ken anak Leben.

Dalam operasi bersepadu tersebut, kesemua anggota petugas berpakaian preman dan menahan warga asing yang berada di sekitar 'Little India'.

Operasi yang bermula sekitar jam 1 tengah hari dan berakhir jam 3 petang diperkuatkan dengan 224 petugas melibatkan anggota JIM dan dibantu oleh JPN (11) serta APM (6).

Jafri Embok Taha
Jafri Embok Taha

Mengulas lanjut, Jafri berkata, operasi bersepadu seumpama itu akan terus dilaksanakan selepas ini di seluruh negara.

Kata beliau, beberapa lokasi panas di Lembah Klang telah dikenal pasti sebagai 'pusat' berkumpul warga asing.

Namun begitu tegasnya, sasaran utama JIM pada tahun ini adalah memburu majikan atau kumpulan sindiket yang melindungi warga asing tanpa permit.

Jelasnya, kumpulan tersebut dipercayai menjadi punca sebenar kebanjiran warga asing di negara ini.

Seramai 370 warga asing diperiksa dalam serbuan diadakan di kawasan 'Little India' di Brickfields pada Isnin. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
Seramai 370 warga asing diperiksa dalam serbuan diadakan di kawasan 'Little India' di Brickfields pada Isnin. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.

Ditanya mengenai kehadiran warga asing di Jalan Silang dekat sini, Jafri berkata, pihaknya telah membuat operasi di kawasan tersebut sebelum ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan, kebanyakannya mempunyai dokumen dan pengenalan diri yang sah.

"Mereka yang ada di situ (Jalan Silang) mempunyai dokumen perjalanan sah dan pas lawatan sosial yang sah.

"Mungkin di situ tempat mereka berkumpul bertemu rakan senegara dan menjadi tumpuan untuk bersiar-siar pada hari cuti termasuk cuti umum," ujarnya.

No Image Caption

Sementara itu ditanya mengenai pendaftaran program Rekalibrasi Pekerja Asing 2.0 (RTK 2.0), beliau berkata, tarikh akhir untuk tujuan itu telah berakhir pada Ahad.

Jelas beliau, pihaknya kini sedang menguruskan segala urusan pengesahan permohonan yang diterima sebelum ini.

Katanya, tempoh proses pengesahan dokumentasi itu akan berlangsung sehingga Mac ini.

"Selepas itu, operasi besar-besaran akan dilaksanakan JIM memburu warga asing yang masih berdegil.

"Tindakan sewajarnya akan dikenakan meskipun ada yang masih menunjukkan kad RTK yang dilakukan sebelum ini," ujarnya.