Cameroon tagih karisma penjaga gol baharu Manchester United

Andre Onana - FOTO AFP
Andre Onana - FOTO AFP
A
A
A

PENJAGA gol baharu Manchester United, Andre Onana dipanggil semula memperkuatkan benteng terakhir skuad Cameroon, sembilan bulan selepas tidak menyertai jagoan benua Afrika dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.

Pengendali The Indomitable Lions, Rigobert Song menamakan Onana dalam skuad untuk kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Burundi di Garoua pada 12 September.

Sebagai rekod, Indomitable Lions hanya memerlukan keputusan seri untuk menjamin tempat ke pusingan akhir temasya terbesar bola sepak benua Afrika di Ivory Coast pada Januari depan itu.

Pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan skuad Cameroon di Qatar November lalu selepas aksi pembukaan kumpulan menentang Switzerland selepas pertikaian dengan Song mengenai taktik dan latihan.

Persekutuan Bola Sepak Cameroon kemudian menegaskan bekas pemain Inter Milan itu dikenakan penggantungan sebelum dihantar pulang.

Onana selepas itu tidak bermain untuk Indomitable Lions sejak itu, setelah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.

Namun pada Selasa semasa sidang di Yaounde, Song menafikan terdapat masalah dengan Onana berkata adalah wajar sebagai penjaga gol terbaik yang beraksi untuk The Red Devils berada dalam skuad gergasi Afrika tersebut.

“Ya, sebenarnya tidak pernah ada sebarang masalah antara pasukan Cameroon dengan Andre.

Artikel Berkaitan:

“Malah, saya ingin nyatakan bahawa pintu pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon sentiasa terbuka untuknya.

“Kami juga ingin nyatakan bahawa kami sangat gembira dia dapat kembali semula menyertai pasukan ini,” kata Song.