Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan

Tular kemalangan dipercayai akibat sebuah kenderaan dipandu secara melulu dalam kejadian di Kilometer 34.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini pada Ahad.
Tular kemalangan dipercayai akibat sebuah kenderaan dipandu secara melulu dalam kejadian di Kilometer 34.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini pada Ahad.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki dipercayai memandu secara melulu hingga mengakibatkan kemalangan tiga kenderaan termasuk sebuah lori di Kilometer 34.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini pada Ahad.

Aksi individu terbabit tular di media sosial dipercayai sebelum kemalangan terbabit berlaku.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.11 pagi di lokasi kejadian menghala ke Genting Sempah.

"Siasatan mendapati Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar sebuah kereta jenis Perodua Aruz.

"Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kiri sebelum dilanggar lori dipandu seorang lelaki tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, katanya, kesemua individu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhammed Shahrizuan Ishak di talian 0125199419 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 036122222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, tular video dipercayai rakaman kamera papan pemuka kenderaan memaparkan sebuah kereta hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah lori di sini.