Lelaki maut dalam nahas tiga kenderaan

Seorang lelaki maut dalam kemalangan berhampiran ILP Mersing di Jalan Jemaluang, Mersing pada malam Ahad.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan berhampiran ILP Mersing di Jalan Jemaluang, Mersing pada malam Ahad.
A
A
A

MERSING - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing di Jalan Jemaluang dekat sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.33 malam.

Beliau berkata, susulan itu seramai lapan anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Myvi dan kereta Nissan Teana dengan sebuah lori jenis Volvo yang membawa muatan minyak sawit.

"Pemandu Perodua Myvi, seorang lelaki dewasa, Mohd Sufian Abd Rashid berumur 44 tahun telah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas namun selepas dikeluarkan disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir.

"Pemandu lori pula mengalami kecederaan ringan dan dirawat oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang lelaki dalam Nissan Teana terselamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pihak bomba juga melaksanakan kerja-kerja penyejukan enjin lori yang mengeluarkan asap supaya tidak terbakar.

Tambah beliau, operasi tersebut selesai pada jam 11.46 malam.

Artikel Berkaitan: