TIngkat taraf hidup, kerjaya masa depan di OUM

A
A
A

OUM menawarkan 55 program pengajian yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan badan-badan profesional.
OUM menawarkan 55 program pengajian yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan badan-badan profesional.



SHAH ALAM - Pendidikan tinggi memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai kejayaan dalam hidup. Memiliki ijazah atau setidak-tidaknya diploma dapat membuka pintu-pintu yang mungkin sebelumnya “tertutup rapat”.

Anda tentunya tidak ingin terjebak dalam pekerjaan buruh atau terperangkap dalam pekerjaan yang tidak berkembang, sementara teman dan rakan kerja anda maju dalam karier mereka.

Tahukah anda bahawa ramai individu bergaji rendah kerana kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi?

Menurut statistik pekerjaan 2022, pemegang diploma menjana pendapatan pada kadar 17 peratus lebih tinggi daripada pelajar lepasan sekolah menengah sementara pemegang ijazah sarjana muda pula memperoleh 24 peratus lebih pendapatan daripada pemegang diploma.

Sementara itu, mereka yang memiliki sarjana pula menjana pendapatan pada kadar 29 peratus lebih tinggi daripada pemegang ijazah sarjana muda.

Pemegang ijazah kedoktoran pula mendapat gaji tertinggi, iaitu purata 23 peratus daripada pemegang sarjana ketika menjalankan tugas yang sama.

Oleh itu, melanjutkan pendidikan ke universiti dapat membantu anda mencapai tingkat kerjaya yang lebih baik. Mengambil program ijazah mungkin kelihatan seperti cabaran yang menakutkan dan salah satu penghalang terbesar adalah kekurangan masa.

Artikel Berkaitan:

Anda mungkin sudah sangat sibuk dengan pekerjaan sepenuh masa dan tanggung jawab keluarga. Mungkin anda juga berfi kir bahawa anda tidak memiliki waktu untuk belajar jika anda pergi bekerja pada pukul 7 pagi dan kembali pada pukul 7 malam, atau jika anda menghabiskan banyak waktu untuk memasak, mencuci pakaian, dan menghantar serta menjemput anak-anak anda ke kelas tuisyen.

Semua pertanyaan ini dapat dijawab dengan mudah dengan bantuan Open University Malaysia (OUM), yang dapat membantu anda menaiktaraf pendidikan anda. OUM merupakan sebuah universiti digital yang menawarkan semua programnya dalam talian. Ini bererti anda dapat menghadiri kelas, membuat perbincangan, menghantar tugasan, bahkan menduduki peperiksaan tanpa perlu ke kampus.

Nilai tambah

Program online OUM memberikan nilai untuk wang anda kerana anda tidak perlukan pengangkutan ke kampus fizikal dan tidak perlu membeli buku teks yang mahal memandangkan semua bahan pembelajaran boleh didapati dalam talian.

Tambahan pula, universiti ini menawarkan pelbagai potongan harga dan diskaun semasa pendaftaran. Sebagai contoh, OUM menawarkan sehingga RM300 potongan harga dan diskaun lima peratus setiap semester.

Jika anda merupakan seorang lepasan sekolah, janganlah pandang remeh akan kebolehan anda. Sebaliknya, berusahalah untuk mengejar pekerjaan yang jauh lebih baik dengan mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi.

Kelayakan yang lebih tinggi juga boleh membantu sekiranya anda sudah mempunyai ijazah dan bekerja sepenuh masa tetapi belum berpuas hati dengan pencapaian diri.

No Image Caption



Ramai di antara kita yang tidak bekerja dalam bidang yang kita sukai kerana tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan. Jika anda juga merasakan begini, ada jalan keluar.

Anda boleh bekerja dan pada masa yang sama mempelajari bidang yang diminati. Bertukar bidang tidak bererti gagal. Sebaliknya, ia bermaksud anda berani dan tekad untuk meneroka cabang baharu dan seterusnya meningkatkan kebolehan diri anda.

OUM menawarkan sebanyak 55 program dalam bidang perniagaan dan pengurusan, teknologi dan sains gunaan, sains sosial dan kemanusiaan serta pendidikan. Program-program ini diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pelbagai badan profesional.

Anda tidak akan kesal belajar di OUM kerana pensyarahnya terdiri daripada pakar industri serta mereka yang amat arif dalam bidang-bidang masing-masing.

Kadangkala pelbagai cabaran hidup menyukarkan kita untuk mencapai potensi diri. Namun demikian, kita tidak boleh cepat putus asa ataupun hilang semangat. OUM sedia membantu anda, dengan 35 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia untuk membimbing dan membantu anda, bermula dari saat anda mendaftar sehingga anda mengenggam ijazah.

Pengambilan untuk semester Januari 2024 kini dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.oum. edu.my,

hubungi 03-7801 2000 tulis kepada enquiries@oum.edu.my.