Perak lancar web pelancongan Cina

Sze Yee (empat dari kanan) menerima cenderahati sempena pelancaran Laman Web 'Perak GoGoGo' dan penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan 2023 pada Jumaat.
Sze Yee (empat dari kanan) menerima cenderahati sempena pelancaran Laman Web 'Perak GoGoGo' dan penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan 2023 pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri melancarkan laman web pelancongan Cina, 'Perak GoGoGo' sebagai strategi menarik kedatangan pelancong negara China sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Laman web kolobrasi bersama Media Chinese International Limited Group (MCIL) itu mengandungi tiga video pelancongan yang dirakam di Ipoh sebagai tumpuan utama dan destinasi wajib lain untuk dikunjungi.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pendekatan itu selari dengan usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk meluaskan pasaran produk pelancongan ke China.

"Untuk bahasa Melayu (laman web) kita sudah ada banyak pengisian yang tersedia.

Sze Yee (lima dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Laman Web 'Perak GoGoGo' pada Jumaat.
Sze Yee (lima dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Laman Web 'Perak GoGoGo' pada Jumaat.

"Cuma sekarang kita sedang perkuatkan dalam bahasa Cina ini, bukan sahaja untuk keperluan penduduk domestik, tetapi boleh juga dilawati pelancong luar yang menggunakan bahasa sama seperti negara China," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Laman Web 'Perak GoGoGo' dan penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Perak, Zuraida Md Taib.

Artikel Berkaitan:

Sze Yee berkata, untuk jangka masa panjang, Perak dalam perancangan untuk mendapatkan laluan penerbangan secara terus antara Ipoh dengan China.

Katanya, buat masa ini, satu-satunya penerbangan antarabangsa yang masuk ke negeri ini adalah menerusi laluan Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.

"Ini antara kekangan kita di Perak untuk mendapatkan lebih ramai kunjungan pelancong dari China ke negeri ini.

"Data sebelum ini tak sampai pun 350,000 pelancong luar negara datang ke Perak melalui Singapura dan yang datang dari China jumlahnya agak kecil," katanya.