Budak sembunyi dalam troli seberang sempadan

Kanak-kanak 10 tahun itu ditemui di bawah timbunan sayur dan buah-buahan di bandar Melilla.
Kanak-kanak 10 tahun itu ditemui di bawah timbunan sayur dan buah-buahan di bandar Melilla.
A
A
A

MADRID - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan kerana menyeberangi sempadan Maghribi ke Sepanyol dengan bersembunyi di bawah timbunan buah dan sayur dalam troli beli-belah.

Polis Sepanyol menemui budak lelaki Palestin itu Isnin lalu selepas menahan sebuah troli mencurigakan yang digunakan satu pasangan lelaki dan wanita di bandar Melilla ketika mereka cuba untuk masuk ke Madrid dari Maghribi.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu yang tinggal di tempat perlindungan sementara di Melilla telah membuat bayaran supaya anaknya dapat membuat perjalanan ke Eropah.

Menurut ketua polis Melilla, pihaknya memutuskan untuk memeriksa troli berkenaan selepas mendapati ia mendapati ia mempunyai lebihan berat.

Lelaki berusia 38 tahun dan pasangannya, 34 tahun kini ditahan atas kesalahan pemerdagangan dan kanak-kanak itu dipulangkan kepada ibunya.

Melilla merupakan titik panas bagi lintasan sempadan migran kerana ia adalah satu-satunya wilayah Kesatuan Eropah (EU) yang berkongsi sempadan darat dengan benua Afrika selain wilayah Ceuta, Sepanyol yang bersempadan dengan Maghribi. - Agensi

Artikel Berkaitan: