Hector Bidoglio bakal kembali kendali JDT?

Bidoglio dikhabarkan bakal kembali bersama Harimau Selatan itu bagi menghadapi musim hadapan. - Foto: FB Johor Southern Tigers
Bidoglio dikhabarkan bakal kembali bersama Harimau Selatan itu bagi menghadapi musim hadapan. - Foto: FB Johor Southern Tigers
A
A
A

HECTOR Bidoglio kini dikaitkan bakal kembali memimpin skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan kelab tidak lagi bergandingan bersama Esteban Solari.

Berikutan pengumuman kelab dalam usaha untuk memastikan kelab terus kekal kukuh bagi kelangsungan jangka panjang, nama Solari menjadi individu pertama bakal menuju jalan keluar meninggalkan Harimau Selatan itu.

Turut mengikuti Solari adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero daripada staf kejurulatihan.

Berdasarkan maklumat yang baru diperoleh, nama bekas pengendali JDT, Hector, kini dikhabarkan bakal kembali bersama Harimau Selatan itu bagi menghadapi musim hadapan.

Sebelum ini, Juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu mengesahkan tidak akan menggunakan khidmat pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan Johor Southern Tigers pada Khamis, skuad Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan penstrukturan semula kewangan.

Artikel Berkaitan:


“Penstrukturan dibuat bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab. Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” kata kenyataan itu. - Awani