X

Kindly register in order to view this article
!

'Peniaga tak tahu larangan merokok'

Nor Azimi (berdiri, kiri) sedang menyoal siasat salah seorang peniaga yang dikesan tidak mempamerkan papan tanda larangan merokok di kedai makan miliknya sempena Ops Larangan Merokok pagi tadi.
A
A

KUALA TERENGGANU - Segelintir pengusaha restoran dan kedai makan yang masih gagal meletakkan papan tanda larangan merokok di premis masing-masing memberikan pelbagai alasan tidak munasabah termasuk tidak tahu mengenai penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, segelintirnya turut memberitahu papan tanda ditempah belum siap dan a juga memaklumkan papan tanda dipasang sebelum ini jatuh sehingga terpaksa menempah yang baharu.

Menurutnya, pelbagai alasan 'selamat diri' diberikan walaupun golongan terbabit telah diberi tempoh setahun menyediakan papan tanda di premis masing-masing.

"Malah bagi tempoh setahun itu juga, pihak kami turun padang menjalankan penguatkuasaan pendidikan dengan mendekati mereka untuk memberi penjelasan selain peringatan kepada pemilik premis.

"Dalam tempoh itu juga, mana-mana pemilik premis dikesan gagal meletakkan papan tanda larangan merokok, hanya diberikan amaran," katanya ketika ditemui dalam Ops Larangan Merokok di Kedai Makan di medan selera di sekitar bandaraya ini pagi tadi.

Menurut Nor Azimi, dalam operasi bermula jam 8.30 pagi itu, dua peniaga dikenakan saman di bawah Akta Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, Seksyen 36 Akta Makanan 1983 selepas didapati gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis mereka.

"Kedua-dua peniaga itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau tidak melebihi enam bulan penjara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus