Harimau Selatan lepaskan Solari

Status dimuat naik JOHOR Southern Tigers di laman sosial kelab itu pada Khamis.
Status dimuat naik JOHOR Southern Tigers di laman sosial kelab itu pada Khamis.
A
A
A

JUARA Liga Super 10 musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan tidak akan menggunakan khidmat pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan Johor Southern Tigers pada Khamis, selain bekas penolong pengendali skuad Bawah 23 tahun Argentina, barisan kejurulatihan yang tidak akan bersama adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.

“Skuad Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan penstrukturan semula kewangan.

“Penstrukturan dibuat bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab. Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” kata kenyataan itu.

Selain barisan kejurulatihan, beberapa pemain Harimau Selatan juga tersenarai dalam transformasi besar-besaran yang disifatkan sebagai antara usaha jagoan selatan tanah air itu memantapkan lagi struktur kewangan kelab.

“Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab.

“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan penjaga gol, Haziq Nadzli,” tambah kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: