Tiga lelaki curi buah sawit dicekup

Tangkap layar rakaman video kejadian curi buah sawit di sebuah kebun di Batu Pahat, Johor.
Tangkap layar rakaman video kejadian curi buah sawit di sebuah kebun di Batu Pahat, Johor.
A
A
A

BATU PAHAT - Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana mencuri buah sawit dengan menggunakan sebuah kereta di sebuah kebun di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia antara 30 hingga 66 tahun itu ditahan setelah rakaman video mereka mencuri buah sawit tular di media sosial.

“Selasa lalu, telah tular rakaman video di media-media sosial yang memperlihatkan dua lelaki telah ditegur oleh orang awam kerana mencuri buah sawit dengan menggunakan sebuah kereta.

“Susulan itu, sepasukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga tempatan pada tarikh sama.

“Polis turut merampas beberapa tandan buah sawit serta sebuah kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kesemua suspek dibenarkan ditahan reman selama dua hari sehingga Sabtu oleh Majistret Mahkamah Batu Pahat bagi membantu siasatan.

Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: