40 terbunuh letupan lori bahan api

40 orang maut dan 83 lagi cedera apabila sebuah lori tangki dengan muatan bahan api terbalik dan meletup di wilayah Bong tengah Liberia. - Foto AFP
40 orang maut dan 83 lagi cedera apabila sebuah lori tangki dengan muatan bahan api terbalik dan meletup di wilayah Bong tengah Liberia. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan 83 lagi cedera apabila sebuah lori tangki dengan muatan bahan api terbalik dan meletup di wilayah Bong tengah Liberia, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Liberia, FrontPage Africa.

Laporan oleh FrontPage Africa itu memetik kenyataan timbalan menteri kesihatan Liberia dan ketua pegawai perubatan, Francis Kateh.

Lori tangki gas itu terbalik lalu meletup di Mulbah Hill Community di Totota pada Selasa, mengorban dan mencederakan orang ramai yang bergegas ke lokasi untuk mengambil bahan api yang mengalir keluar, lapor akhbar itu.

Laporan awal menyebut 15 terbunuh manakala 36 lagi cedera.

Antara yang terbunuh ialah seorang wanita dan tiga kanak-kanak berusia antara enam dan sembilan tahun.

Mereka yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Phebe dan yang lain dipindahkan ke Hospital Tentera 14, Hospital Memorial John F. Kennedy dan Hospital ELWA, menurut Kateh dipetik akhbar itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: