Jurulatih pasukan Monterrey menangis sejurus wisel dibunyikan

Perkongsian Twitter @futbolbible menarik pelbagai reaksi dari netizen.
Perkongsian Twitter @futbolbible menarik pelbagai reaksi dari netizen.
A
A
A

MEXICO CITY - Kemenangan pasukan bola sepak Monterrey mencoret kenangan manis buat para pemain setelah berjaya menewaskan kelab Amerika sekali gus sebagai hadiah terbaik sebelum menutup tirai 2019.

Bagaimanapun dalam kegembiraan itu, jurulatih pasukan bola sepak Monterrey, Antonio Mohamed, menyatakan kesedihan kerana tidak sempat untuk berkongsi momen indah bersama anaknya, Farid.

Mohamed juga mendedikasikan kemenangan itu buat Farid yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada tahun 2006.

Beliau menunaikan janji kepada anaknya untuk kembali ke Monterrey dan memenangi piala bagi kelab tersebut.

Suasana hiba turut menyelubungi stadium bola sepak Estadio Aztec dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Mohamed.

Sebelum ini tular di laman sosial, Mohamed menangis setelah wisel terakhir dibunyikan oleh pengadil bagi menandakan perlawanan tamat dan kemenangan berpihak kepada pasukannya.

Dalam pada itu perkkongsian kisah itu yang dimuat naik di Twitter @futbolbible menarik pelbagai reaksi netizen.

"Bola sepak bukan sekadar sukan tetapi lebih dari itu," kata @xolazi.

Artikel Berkaitan:

Kata @tom_united, "Kehilangan anak adalah perkara yang sangat menyakitkan, saya bersimpati."

"Sangat berdukacita, saya harap agar anda diberi kekuatan untuk hadapinya," kata @kollewzino2.