Polis buru 'Superman' sebabkan kemalangan di LPT1

Skrin layar yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal hingga menyebabkan kemalangan pada Ahad
Skrin layar yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal hingga menyebabkan kemalangan pada Ahad
A
A
A
TEMERLOH - Polis kini sedang giat menjejaki beberapa lagi penunggang motosikal yang beraksi secara bahaya ala Superman hingga menyebabkan kemalangan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Temerloh,Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, pihak polis telah mengesan penularan klip video berdurasi 28 saat di media sosial memaparkan aksi sekumpulan penunggang motosikal kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.

Menurutnya, setakat ini beberapa penunggang telah tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bagi membantu siasatan.

"Kejadian berlaku pada 24 Disember lalu dan telah dirakam sendiri oleh salah seorang penunggang dalam kumpulan tersebut.

"Hasil semakan pihak polis, kejadian berlaku di KM127 (arah timur) Lebuhraya Pantai Timur (LPT)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1986 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

"Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil ke balai polis berdekatan.

"Selain itu, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Temerloh di talian 09-2716222," tambahnya.

Tamat
Artikel Berkaitan: