Bella hilang: Lima individu dipanggil beri keterangan

Mila Sharmila atau Bella hilang dan gagal dikesan hingga hari ini.
Mila Sharmila atau Bella hilang dan gagal dikesan hingga hari ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Lima individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, sejak 14 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan giat dijalankan dan kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang.

"Polis juga sudah dua kali merekodkan keterangan teman lelaki mangsa yang didakwa individu dilihat bersama wanita itu pada hari kehilangannya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan wanita dikenali sebagai Bella hilang selepas keluar kira-kira jam 8 malam pada hari kejadian.

Ibu kepada anak lelaki berusia empat tahun yang beralamat di Taman Soga, Batu Pahat itu dikatakan keluar bersama teman lelakinya ke kedai dobi layan diri di taman perumahan itu.

Dalam pada itu, Ismail meminta orang ramai memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan kehilangan wanita berkenaan.

Beliau juga meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu itu untuk menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Maimunah Sujak di talian 012-7916895 atau talian hotline IPD Batu Pahat 07-4343999.

Artikel Berkaitan: