TikTok Shop dan YWP jalin kerjasama

Para Usahawan mikro di bawah bimbingan YWP yang menyertai pembangunan usahawan di bawah kerjasama TikTok Shop dengan YWP.
Para Usahawan mikro di bawah bimbingan YWP yang menyertai pembangunan usahawan di bawah kerjasama TikTok Shop dengan YWP.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam usaha memupuk keterangkuman ekonomi digital, TikTok Shop melaksanakan perkongsian strategiknya bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi menyokong pembinaan keupayaan 30 usahawan mikro di bawah bimbingan yayasan itu.

Inisiatif melibatkan penyaluran hasil program kempen TikTok Shop 11.11 LIVE Showdown itu berperanan meningkatkan kehidupan masyarakat berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Malah, program itu merupakan batu loncatan penting untuk usahawan mikro untuk mengembangkan perniagaan mereka yang mana TikTok Shop menawarkan modal permulaan serta insentif pembangunan menerusi platform media sosial itu.

Malah, program tersebut turut mendapat sokongan daripada agensi-agensi kerajaan.

Menurut Ketua Perhubungan Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, kerjasama di antara TikTok Shop dengan YWP itu bukan sahaja membantu para usahawan mikro yang terlibat, tetapi turut menyemarakkan lagi pembangunan ekonomi digital di negara ini.

“Adalah menjadi hasrat TikTok Shop untuk menjadi platform yang mewujudkan ekosistem perniagaan inklusif kepada semua golongan." - Nur Azre

Nur Azre (kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang usahawan mikro sempena Majlis Dialog Bersama Usahawan Mikro 2023 di Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.
Nur Azre (kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang usahawan mikro sempena Majlis Dialog Bersama Usahawan Mikro 2023 di Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.



“Justeru program ini merupakan dedikasi kami memperkasakan perniagaan tempatan dalam alam digital adalah keutamaan kami, dan kami berharap untuk meneruskan usaha serta inisiatif kami meningkatkan keupayaan sosioekonomi komuniti,” katanya sewaktu majlis penyerahan dialog dan sumbangan kepada usahawan mikro, di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Antara yang hadir dalam ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim; Ketua Pembangunan Ekosistem Peniaga TikTok, Mun Wei Siew dan Ahli Parlimen Wangsa Maju serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Ts Zahir Hassan.

Selain itu, turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Muhammad Fikri Khalid dan Pegawai Tugas Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamad Mahathir.

Pacu sosioekonomi

NUR AZRE
NUR AZRE



Sementara itu, Zahir semasa berucap dalam majlis itu menyatakan keyakinan terhadap usaha TikTok Shop yang mampu mengembangkan lagi pembangunan sektor e-dagang di negara ini menerusi penyertaan lebih ramai usahawan mikro tempatan.

“Kerjasama YWP dengan TikTok Shop adalah bukti perkongsian strategik dalam memacu kemajuan sosioekonomi."katanya.

Tambah beliau, YWP katanya amat berbesar hati dengan kerjasama strategik bersama TikTok Shop dan berharap ianya dapat diperluaskan lagi dalam pelbagai bidang pada masa depan.

Perluas kerjasama

(Dari kiri), Gulam Muszaffar, Mun Wei Siew, Zahir, Muhammad Fikri dan Mohamad bergambar sambil menunjukkan inisiatif sokongan kewangan usahawan mikro B40 di bawah kerjasama TikTok Shop dengan YWP.
(Dari kiri), Gulam Muszaffar, Mun Wei Siew, Zahir, Muhammad Fikri dan Mohamad bergambar sambil menunjukkan inisiatif sokongan kewangan usahawan mikro B40 di bawah kerjasama TikTok Shop dengan YWP.



Komitmen TikTok Shop menjadi platform keusahawanan utama di Malaysia diserlahkan lagi menerusi kerjasama dengan syarikat pembekal perkhidmatan internet, Unifi, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Kerjasama itu menurut Nur Azre, melibatkan pelaksanaan insentif tambahan serta pelan rancangan bagi memudahkan para usahawan mikro mengendalikan pengendali dan mengenalkan perniagaan mereka.

Usaha YWP dan TikTok Shop itu bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan proses pendigitalan perniagaan khususnya melibatkan usahawan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!