Carlos Ghosn sembunyi dalam kotak alat muzik lari dari Jepun

Kediaman dipercayai milik keluarga Ghosn di kawasan kejiranan mewah di Beirut. Gambar kecil: Carlos Ghosn
Kediaman dipercayai milik keluarga Ghosn di kawasan kejiranan mewah di Beirut. Gambar kecil: Carlos Ghosn
A
A
A

BEIRUT - Bekas Pengerusi Nissan Motor dan Renault SA, Carlos Ghosn dipercayai bersembunyi di dalam kotak peralatan muzik ketika beliau melarikan diri dari Jepun.

Rancangan yang dibuat isterinya itu didedahkan saluran berita stesen TV Lubnan.

Taikun berusia 65 tahun itu didakwa berjaya meloloskan diri daripada pengawasan polis di Tokyo dengan bantuan bekas anggota militia yang menyamar sebagai sebuah kumpulan muzik.

Beliau kemudiannya terbang menaiki pesawat peribadi, Bombardier Challenger ke Beirut melalui Turki pada Isnin lalu untuk bersama isterinya, Carole yang juga warga Lubnan.

Butiran lanjut tentang pelan tersebut bagaimanapun tidak diketahui dan terdapat spekulasi Ghosn yang mempunyai ketinggian 167 sentimeter itu mungkin menyembunyikan diri di dalam kotak alat muzik, double bass berukuran 1.82 meter pada akhir persembahan tersebut.

Ghosn memakai topi biru dan penutup muka selepas dibenarkan diikat jamin.
Ghosn memakai topi biru dan penutup muka selepas dibenarkan diikat jamin.

"Beliau selamat pulang. Ini adalah satu 'pengembaraan' yang mencabar," kata Ricardo Karam, seorang hos TV di Lubnan yang juga rakan kepada Ghosn.

Sementara itu, sumber Presidensi Lubnan memberitahu Ghosn memasuki negara itu menggunakan pasport Perancis dan kad pengenalan Lubnan miliknya.

Artikel Berkaitan:

Ghosn yang memiliki pasport Perancis, Brazil dan Lubnan dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan beliau melarikan diri daripada ketidakadilan di Jepun selepas ditahan atas dakwaan salah laku kewangan pada November 2018 namun dibebaskan dengan ikat jamin pada April 2019 yang menghalangnya meninggalkan negara terbabit. - Agensi