23 warga China sindiket tipu dalam talian dicekup

Sebahagian suspek warga China dipercayai dalang sindiket penipuan dalam talian di negara ini yang diberkas polis semalam.
Sebahagian suspek warga China dipercayai dalang sindiket penipuan dalam talian di negara ini yang diberkas polis semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis berjaya menumpaskan sindiket tipu dalam talian didalangi warga China selepas memberkas 23 suspek termasuk lima wanita di tiga unit kediaman di Empire City Damansara Perdana PJU 8, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat pemerhatian di sebuah rumah setelah menerima maklumat berhubung kegiatan jenayah tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat lelaki disyaki warganegara China di dalam rumah terbabit.

Katanya, keempat-empat suspek gagal mengemukakan butiran pengenalan diri setelah diminta.

Sebahagian suspek warga China dipercayai dalang sindiket penipuan dalam talian di negara ini yang diberkas polis semalam.
Sebahagian suspek warga China dipercayai dalang sindiket penipuan dalam talian di negara ini yang diberkas polis semalam.

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam Op Nuri dijalankan polis menemui empat unit komputer riba dan empat telefon bimbit pelbagai jenama.

"Siasatan awal mendapati barangan terbabit digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan dalam talian," katanya.

Mohd Zani berkata, polis kemudian menahan tiga lelaki warga China di sebuah unit rumah lain di kawasan sama dan merampas 10 telefon bimbit serta empat komputer riba dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, hasil pemeriksaan dan pemerhatian lanjut di sebuah lagi unit rumah polis menahan 16 warga China termasuk lima wanita.

"Kesemua suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah.

"Di premis ini polis merampas 15 telefon bimbit dan lima komputer riba yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan," katanya.

Antara barangan yang dirampas dalam Op Nuri dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Petaling Jaya semalam.
Antara barangan yang dirampas dalam Op Nuri dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Petaling Jaya semalam.