Pemandu kereta maut tercampak, wanita rentung

Keadaan kereta Perodua Kancil yang terbakar akibat kemalangan tersebut dekat Kampung Sungai Miang,Pekan pada Selasa. - Foto Ihsan JBPM
Keadaan kereta Perodua Kancil yang terbakar akibat kemalangan tersebut dekat Kampung Sungai Miang,Pekan pada Selasa. - Foto Ihsan JBPM
A
A
A

PEKAN - Seorang lelaki maut manakala seorang wanita rentung selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler sebelum terbakar dekat Kampung Sungai Miang di sini pada Selasa.

Dalam kemalangan tersebut, seorang lelaki iaitu pemandu kereta itu maut akibat tercampak keluar dari kenderaan tersebut yang menghala dari Nenasi ke Pekan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.22 malam.

Menurutnya, seramai 14 anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dengan bantuan BBP Nenasi dikerahkan ke tempat kejadian bersama tiga jentera.

"Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan jalan raya dan kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan treler.

"Terdapat mangsa iaitu seorang lelaki dewasa maut dan seorang perempuan dewasa terbakar meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, pasukan terlibat membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos salur air pam jentera bomba.

"Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambahnya.

Artikel Berkaitan: