Remaja OKU dihanyut banjir, tersangkut di pokok getah

Wan Mohd Wafi ditenangkan oleh anggota keselamatan selepas diselamatkan.
Wan Mohd Wafi ditenangkan oleh anggota keselamatan selepas diselamatkan.
A
A
A

MACHANG - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) ditemukan tersangkut pada pokok getah selepas dihanyutkan arus deras banjir di Simpang Tiga, Kampung Bunchit di sini pada Isnin.

Mangsa, Wan Mohd Wafi Wan Mohd Zuki, 19, dikatakan telah dihanyutkan arus sejauh 50 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.28 petang.

Wan Mohd Wafi (dua dari kiri) berjaya diselamatkan.
Wan Mohd Wafi (dua dari kiri) berjaya diselamatkan.

"Kami tiba di lokasi pada jam 6.46 dan mendapati mangsa sedang berpaut pada sebatang pokok getah.

"Remaja terbabit berjaya diselamatkan selepas 22 minit operasi menyelamat dilakukan dan turut sama terlibat ialah anggota APM (Angkatan Pertahan Awam) dan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Seorang remaja OKU ditemukan tersangkut pada pokok getah selepas dihanyutkan arus deras banjir di Simpang Tiga, Kampung Bunchit, Machang pada Isnin.
Seorang remaja OKU ditemukan tersangkut pada pokok getah selepas dihanyutkan arus deras banjir di Simpang Tiga, Kampung Bunchit, Machang pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Remaja terbabit berjaya diselamatkan selepas 22 minit operasi menyelamat dilakukan dan turut sama terlibat ialah anggota APM (Angkatan Pertahan Awam) dan polis.
Remaja terbabit berjaya diselamatkan selepas 22 minit operasi menyelamat dilakukan dan turut sama terlibat ialah anggota APM (Angkatan Pertahan Awam) dan polis.