Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di Rantau Panjang

Penduduk meredah banjir yang melimpahi Jalan Jedok-Jeli berikutan hujan lebat sejak malam tadi ketika tinjauan di Kampung Kelewek hari ini. - Foto Bernama
Penduduk meredah banjir yang melimpahi Jalan Jedok-Jeli berikutan hujan lebat sejak malam tadi ketika tinjauan di Kampung Kelewek hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di 16 kawasan Rantau Panjang berikutan keadaan banjir yang semakin buruk pada Isnin.

TNB dalam satu kenyataan berkata, penutupan bekalan itu bermula jam 10 malam ini.

"Langkah itu bagi memastikan keselamatan para pengguna," kata kenyataan itu.

Notis penutupan bekalan elektrik di Rantau Panjang.
Notis penutupan bekalan elektrik di Rantau Panjang.

Tambah kenyataan itu, antara kawasan terlibat ialah Banggol Kulim, Kubang Rambutan, Degong, Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh, Padang Nyior, Tanjung Erat, SK Lubuk Setol, Air Teniat, Gual Tambun, Balai Polis Lubok Setol, Pondok Gual Dalam, Lubuk Setol, Mountain Ore, Kampung Rahmat, Sekolah Kampung Rahmat dan Limau Purut

"Jika banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: