Dua unit kuarters Balai Polis Tanjung Malim terbakar

Dua unit kuarters Balai Polis Tanjung Malim terbakar pada Isnin. - Foto Bernama
Dua unit kuarters Balai Polis Tanjung Malim terbakar pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Dua unit kuarters Balai Polis Tanjung Malim terbakar hari ini, bagaimanapun kejadian tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran itu melibatkan bangunan kelas A berkeluasan 30x15 kaki persegi setiap rumah.

Beliau berkata, satu unit terbakar 90 peratus dan satu lagi 50 peratus manakala operasi pemadaman masih dilakukan.

"Bomba menerima panggilan berkaitan kejadian pada 2.28 petang.

"Ketika kejadian, penghuni tidak berada di kuarters dan kebakaran dapat dikawal pada 3.15 petang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sabarodzi berkata, punca kejadian sedang disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: